Penyanyi terkenal Yuna menjelaskan isu gambar memaparkan 'love bite' pada lehernya di media sosial baru-baru ini sebenarnya kesan gigitan labah-labah.
Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, beberapa anggota badannya termasuk muka digigit serangga itu ketika berada di Alabama, Amerika Syarikat untuk persembahan lima minggu lalu.
"Bayangkan saya terpaksa membuat persembahan dalam keadaan sakit kerana muka dan leher bengkak.
"Saya diserang labah-labah sewaktu tidur dan gigitan itu menjadi bengkak seperti bisul," katanya pada Sambutan Ulang Tahun Pertama Yonder Music, malam ini.
Pelantun lagu Crush itu berkata, sehingga sekarang, kesakitan gigitan labah-labah masih dirasai malah turut meninggalkan kesan gelap pada kulitnya.
Dalam perkembangan lain, Yuna akan memulakan jelajah konsert Asia ke beberapa negara antaranya Hong Kong, Seoul, Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini, pengguna media sosial mempersoalkan kesan gigitan pada leher Yuna selepas penganjur sebuah konsert memuatnaik gambar penyanyi terbabit menghadiri acara itu.
Sumber - HMetro
0 comments:
Post a Comment