Friday, 18 November 2016

Filled Under:

[Terkini] Dira Abu Zahar Sah Cerai Kali ke-2


Sebelum ini telah difahamkan, rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal iaitu Dira Abu Zahar dikatakan mempunyai krisis, namun ibu kepada seorang cahaya mata itu menjelaskan tiada apa yang berlaku.

Bagaimanapun, agak mengejutkan selepas beberapa bulan, hari ini Dira tampil membuat pengakuan rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

“Saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya yang tidak mahu mengulas lebih lannjut.

Anaknya di bawah jagaannya dan Dira juga tidak menghalang seandainya bekas suaminya, Helmi Yusof mahu berjumpa dengan anak tirinya itu.

Untuk info, Dira sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Ash anggota kumpulan Bau pada tahun 2007 dan bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu Dira dikurniakan seorang zuriat bernama Anggun.

Selepas itu barulah Dira bernikah pula dengan Helmi pada tahun 2011 dan tidak dikurniakan anak.

Semoga apa yang berlaku ada hikmah yang terbaik buat kedua-dua pasangan itu. admin percaya Dira seorang wanita yang cekal menghadapi dugaan ini.

Sumber : MHOnline




1 comments:

|| Klik untuk tutup ||