Monday, 21 November 2016

Filled Under:

Zur Eda Guna Kaki Bomoh Untuk Kekal Lama Dalam Program Gegar Vaganza 3


SIKAP taksub peminat kepada artis kesayangan lain telah menyebabkan penyanyi Zur Eda difitnah kononnya menggunakan khidmat bomoh untuk kekal dalam rancangan Gegar Vaganza 3 (GV3).

Menurut penyanyi itu, dia sedar wujudnya tohmahan sebegitu kepada dirinya, hasil rasa kurang puas hati peminat yang menyokong artis lain yang turut bertanding dalam rancangan itu.

" Ya, saya memang tahu ada tuduhan mengatakan saya menggunakan khidmat bomoh untuk menang.

" Fitnah itu membuatkan saya sangat sedih sangat kerana ini membabitkan maruah keluarga juga," katanya ketika ditemui sejurus selepas penyingkirannya dalam rancangan tersebut malam tadi.

Menurutnya, sejak menyertai GV3, pelbagai kecaman yang diterima daripada orang luar.

 Namun, cerita bomoh inilah yang paling memberi kesan kepada dirinya.

“Sebelum ini macam-macam komen yang diberikan kepada saya terutamanya dari segi penampilan. 

Saya tidak boleh halang pendapat dan kata-kata mereka.

“Tetapi apabila ada pihak yang menuduh saya menggunakan bomoh, ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya.

" Tuduhan itu sangat keterlaluan dan sangat keji. Bagi saya, begitulah keadaannya apabila mereka terlalu taksub sampai sanggup membuat fitnah.

"Hanya kerana penampilan luaran saya, mereka memberikan fitnah seperti itu,” ujarnya ketika ditemui di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, pada malam Ahad.

Zur Eda, 51 turut kesal kerana fitnah yang menimpa dirinya akan memberi kesan juga kepada anak-anak dan keluarganya.

“Perkara inilah yang amat merisaukan saya. Sedikit sebanyak apa yang berlaku ini membuatkan saya tidak mampu untuk fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang.

“Pernah juga rasa untuk putus asa tetapi saya nasihatkan diri sendiri untuk kuat dan tabah," kata penyanyi Pelitaku ini lagi.

Sumber : Utusan Malaysia





0 comments:

Post a Comment

|| Klik untuk tutup ||