Faktor tempoh pementasan panjang selain sibuk menguruskan perniagaan menyebabkan Hairul Azreen menolak tawaran penerbit teater muzikal, Dia Semanis Honey.
Suami Hanis Zalikha ini memberitahu BH Online, dia enggan mengambil risiko dengan menerima tawaran itu, apatah lagi ia menuntut dirinya menyanyi.
"Saya bukanlah penyanyi yang bagus. Sekadar menyanyi suka-suka bolehlah. Apatah lagi teater ini memerlukan komitmen yang panjang.
"Seperkara lagi, saya dan isteri tidak mengambil khidmat pembantu rumah. Ini kerana kami mahu menjaga anak sendiri di depan mata.
"Jadi saya tidak dapat menerima tawaran itu," katanya. Difahamkan, teater muzikal Dia Semanis Honey akan dipentaskan di Istana Budaya, tidak lama lagi dengan sesi latihan bakal bermula.
Dalam versi drama televisyen (TV), Hairul turut berlakon bersama teraju utama iaitu Alif Satar dan Siti Nordiana.
Hairul azreen dan hanis zalikha Biarpun jarang berlakon, bapa kepada Yusuf Iskandar ini memberitahu, minatnya terhadap dunia seni tidak pernah padam.
"Cuma ada kalanya, saya perlu dahulukan perkara yang lebih penting," katanya.
Hairul sebelum ini pernah terbabit dalam teater Bidasari dan Pak Pandir.
0 comments:
Post a Comment